Rabu, 12 Oktober 2011

Sejarah Sekolah Saya

Tahun
Perkembangan Sekolah
1947
·      Tahun Penubuhan sekolah. Nama sekolah ialah “Sekolah Cina Yoke Chai.” Sekolah ini beralamat di Batu Lapan Belas, Jalan Port Dickson. Bilangan murid pada masa itu hanya 30 orang. Guru Besar pertama ialah Encik Foo Chee Shyong. Penganjur sekolah ialah Encik Siak See Jie dan EncikPow Kee Kong.
1951
· Pindah masuk ke Kampung Baru Tanah Merah Site “C”. Nama sekolah ditukarkan sebagai “ Sekolah Cina Kanpung Baru Tanah Merah Site “C” . Pengerusi Lembaga Pengurus sekolah ialah Encik Pow Kee Kong. Naib pengerusi ialah Encik Cheong Choon Choy.
1954
· Encik Pow Kee Kong berpindah ke tempat lain. Encik Cheong menggantikan tempat beliau.
1964
·     Mendapat peruntukan kerajaan sebanyak RM 5,500.00 dan sumbangan dari penduduk kampung ini sebanyak RM 3,500.00 dapat membina 2 buah bilik darjah dan 1 buah pejabat baru.
1965-1966
·        Mendapat sumbangan daripada Kementerian Pelajaran sebanyak RM5500 dan derma daripada masyarakat sebanyak RM3000 untuk pembinaan 2 buah bilik darjah dan sebuah bilik guru.
·        Bangunan baru dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Dr Said.
1968
·     Dapat sumbangan daripada Kementerian Pelajaran untuk memperbaiki
   pagar dan kawasan sekolah.
1973
·    Penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
·    Pengerusi pertama ialah Nu Fui Choon.
1978
·    Murid bertambah sehingga 180 orang.
·    Dapat pembinaan sebuah tandas.
1979
·    Bulan Mei ,Guru Besar En Foo Chee Siong bersara.
·    Temapat Guru Besar diganti oleh En Ng Yu Sang.

1982
·    Berjaya memohon sumbangan daripada Kementerian Pelajaran sebanyak 
  RM360000 untuk pembinaan sebuah bangunan bertingkat dan sebuah
  Kantin.
·        AJK PIBG telah mengumpul derma sebanyak RM80000 untuk membeli kerusi,meja dan sebagainya.
1983
·    22hb Oktober, Perasmian bangunan baru.
·    Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan telah dijemput untuk merasmikan 
  bangunan baru.
1986
·    1hb Julai,Guru Besar En Ng Yu Sang berpindah ke sekolah lain.
·     Tempat Guru Besar diganti oleh En Ng Ngan Pong.
1987
·    Menubuhkan pasukan pancaragam.
·    Pasukan pancaragam telah berjaya mendapat Johan berturut-turut selama 8
  tahun dalam peringkat daerah Port Dickson.
·    Pada 1995 disebabkan masalah kos perbelanjaan ,pasukan pancaragam 
  ditangguhkan.
1989
·   Mengadakan majlis hari ucapan dan penyampaian hadiah secara besar-
 besaran.
·     Datuk Wong telah dijemput untuk merasmikan majlis ini.
·     Di samping itu, dapat sumbangan sebanyak RM2000 untuk memperbaiki kantin.
1990
·  Mengadakan temasya sukan pertama kali.
·  Dapat sumbangan daripada Menteri Besar Tan Sri Datuk Mohd Isa sebanyak RM5000 untuk memperbaiki tandas dan pagar sekolah.
·  Dapat sumbangan daripada Kementerian Pelajaran untuk memperbaiki 2 buah bilik darjah.

1999
·  Bulan Mac , kawasan Tanah Merah ini dilanda wabak “Nipah” .Sebagai langkah  Keselamatan ,lading-ladang kinzir di kawasan Tanah Merah Site ‘C’ turut ditutup. Oleh yang demikian , kebanyak penduduk kehilangan punca pendapatan . Ramai Penduduk terpaksa berhijirah ke tempat lain untuk mencari rezeki, jeterus itu bilangan murid sekolah mulai merosot.

2000
· Kelas computer sekolah dimulakan dibawah tanggungan PIBG sekolah.

2001
· Pernubuhan “Tabung Pendidikan Ng Ngan Pong” sebagai tanda penghargaan
Kepada bekas Guru Besar En Ng Ngan Pong. Matlamat tabung ini adalah
untuk  Membantu pelajar miskin  tetapi cemerlangan dalam pembelajaran.

2002
· Melengkapi bilik komputer dengan isian yang berkaitan dengan huraian sukatan   pelajaran. Guru yang berkaitan akan menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpandukan isian tersebut.

2003
·  Menerima Sijil Penghargaan daripada JPNS kerana berjayan dalam UPSRdengan mendapat keputusan cemerlang.
2004
·         En Lim Siong Fook mengganti En Lee Chong Choon sebagai Guru Besar baru .
2005
· Pn See Liew Ha bersara.
·        Pemain badminton sekolah ,saudara Wong Fui Ying mewakili NS menyertai pertandingan Badminton peringkat kebangsaan dan Berjaya ke peringkat separuh akhir.
2006
·         Mendapat peruntukan sebanyak RM20000 daripada PPDPD untuk tujuan menaik taraf tandas sekolah .

2007
·         Koir sekolah menyertai pertandingan Group Singing ( Zon Tanah Merah)
                            Tahap 1 – Naid Johan
                           Tahap 2  -Johan
·         Mahasiswa dari Kolej Inti menjalani program khidmat masyarakat kampung.
·         Atlik sekolah ,saudari Wong Mei Kuan dipilih sebagai peserta terbaik dalam kategori perempuan bawah 12 tahun Kejohanan Olahraga Dearah Port Dickson.
2008
·         Saudara Kulantai mendapat Johan dalam acara melontar peluru kategori lelaki bawah 12 tahun Kejohanan Olahraga Negeri Sembilan.
2009
·         Mendapat sijil penghargaan keputusan Cemerlang mengatasi Negeri bagi kategori.
Peratus mencapai 7A:13.04
Peratus lulus keseluruhan:69.57
Gred Purata Sekolah:1.88
·         Mengadakan ceramah motivasi untuk murid-murid Tahap 2.
·         Saudara Ong Wen Jun dipilih mewakili NS dalam Kejohanan Bola Keranjang Peringkat Kebangsaan.
2010
·         Pn Pang Khee Khong mengganti En Lim Siong Fook sebagai Guru Besar baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan