Isnin, 7 November 2011

Apa itu Program Abakus Dan Aritmetik Mental?

Penggunaan sistem pengiraan abakus merupakan salah satu model matematik membolehkan murid menguasai aritmetik mental.
Program Abakus dan Aritmetik Mental Kementerian Pelajaran Malaysia mengandungi tiga komponen.. Setiap komponen mempunyai program tersendiri.

Program Latihan Abakus Dan Aritmetik
Mental untuk jurulatih utama

Program Latihan Abakus Dan Aritmetik Mental
untuk guru matematik sekolah rendah

Pelaksanaan kurikulum Abakus
Dan Aritmetik Mental di sekolah


Enam Sebab Utama Penggunaan Abakus Dan Aritmetik Mental
Dalam Pengajaran & Pembelajaran Matematik

  • Penumpuan
Semua deria utama digunakan apabila mengendalikan abakus. Oleh itu, ia
akan meningkatkan penumpuan murid..

  • Ingatan
Kedua--dua otak kiri dan otak kanan aktif apabila menggunakan abakus.
Otak kanan mengingati corak dan imej manakala otak kiri mengira secara
mental.

  • Gambaran Dan Inspirasi
Pengiraan secara pantas dan dapat menyelesaikan banyak masalah.

  • Pemerhatian
Latihan secara pemerhatian dan membuat latihan tanpa kesilapan.

  •  Kepantasan
Membina kebolehan mengira secara pantas dan pada masa yang sama
mengelakkan daripada kesilapan.

  • Membaca Dan Mendengar
Kebolehan membaca secara kuat,, memahami dan memproseskan
maklumat untuk menyelesaikan masalah dengan pantas.

1 ulasan:

  1. hello...
    bahan yg menarik...

    http://kimi50.blogspot.com/

    BalasPadam