Ahad, 20 November 2011

RPH - Ruang 3D

Rancangan Pengajaran Harian  Matematik tahun 1
Bidang :                                Sukatan dan Geometri
Tajuk:                                                Ruang G
Standard kandungan:       9.1      Murid di bimbing untuk :
                                                            Mengenal pasti bentuk  tiga dimensi
Standard pembelajaran :            Murid berupaya untuk :
i.                    Menamakan bentuk kuboid, kubus, kon , piramid tapak segiempat sama, silinder dan sfera.
Masa :                                               60 minit ( 2 waktu )

Fasa
Cadangan Aktiviti
Cadangan Komunikasi

1.     Persediaan
Pemerhatian dan analisis

a.     Guru mempamerkan gambar-gambar yang ada di persekitaran murid.
Contoh:-



b.     Guru bersoal jawab dengan murid tentang bentuk objek yang ditunjukkan.


a.     Dimanakah kamu pernah melihat objek-objek tersebut?
b.     Pernahkan kamu memegang objek yang kamu lihat tadi?
c.      Namakan objek yang ditunjukkan?







a.     Namakan benda lain yang sama bentuk objek yang ditunjukkan

2.     Imaginasi
Menjana idea

a.     Guru mempamerkan bentuk-bentuk tiga dimensi  dan menamakannya.
b.     Murid menyebut bentuk-bentuk  tiga dimensi.
c.      Murid mengeja bentuk-bentuk tiga dimensi yang ditunjukkan.

a.     Bentuk-bentuk tiga dimensi ialah
1.     Kubus
2.     Kuboid
3.     Sfera
4.     Silinder
5.     Kon
6.     Piramid


3.     Perkembangan
Menilai

a.     Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan .
b.     Setiap kumpulan diberikan 1 kad aktiviti yang merangkumi keenam-enam  bentuk tiga dimensi yang ditunjukkan.
c.      Murid dikehendaki menamakan 2 benda di sekeling yang pernah dilihat pada setiap bentuk tiga dimensi.


a.     Setiap kumpulan dikehendaki  menulis 2 benda yang menyerupai  bentuk tiga dimensi .
b.     Bincang dan bentangkan hasil kerja murid sebagai pengukuhan .

Tindakan

a.     Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.
b.     Bincangkan hasil kerja murid.


a.     Selesaikan tugasan yang diberi.

Pentaksiran

a.     Murid perlu menjawab kesemua soalan yang diberi dengan betul.



Nilai dan sikap

Bekerjasama dan bertolak ansur



Tiada ulasan:

Catat Ulasan