Ahad, 20 November 2011

RPH- Sukatan dan Geometri

Bidang                      : Sukatan dan Geometri
Tajuk                         : Panjang
Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk:
                                          Menggunakan unit relatif untuk mengukur panjang.
Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:
(i) Membuat pengukuran objek menggunakan unit
     bukan piawai.
          (ii) Membanding dua atau lebih ukuran objek         
                menggunakan unit bukan piawai.
                                          (iii) Menggunakan dan mempelbagaikan
                                                 perbendaharaan kata ukuran panjang dalam
                                                 konteks.
Masa: 60 minit (2 waktu)

Fasa
Cadangan Aktiviti
Cadangan Komunikasi

1. Persediaan

Pemerhatian dan analisis

  1. Setiap murid diberi sebatang straw dan murid diminta mengeluarkan sebatang pensel, kemudian letakkan di atas meja.
  1. Apa yang kamu lihat?
  2. Ceritakan secara lebih lanjut tentang perbezaan pensel dan straw.
  3. Tegakkan straw selari kedudukan dengan pensel.
  4. Bincangkan hasil pemerhatian.
2. Imaginasi

     Penjanaan Idea


 Sintesis Idea



  1. Murid diminta menganggarkan jumlah pensel yang diperlukan supaya sama panjang dengan meja murid.
  2. Seterusnya, murid diminta menganggarkan jumlah straw yang diperlukan supaya sama panjang dengan meja murid.
  3. Guru menerangkan sebab hasil jawapan yang berbeza.

  1. Bagaimana anda boleh tahu panjang meja ini?
  2. Cuba anggarkan berapa banyak pensel yang diperlukan supaya sama panjang dengan meja anda.
  3. Mengapa jawapan anda berbeza dengan rakan anda?
3.Tindakan
Pelaksanaan

Amalan berterusan

  1. Kuiz dijalankan.
  2. Edarkan lembaran kerja 1 kepada setiap murid.
  3. Bincangkan hasil kerja murid.
  1. Selesaikan tugasan yang diberi.

Pentaksiran

  1. Berdasarkan keupayaan, murid menjawab soalan di lembaran kerja 1 murid dapat membezakan panjang sesuatu objek.
  2. Murid boleh menggunakan pengukur yang sama untuk mengukur objek yang berlainan.
  3. Murid boleh menggunakan pengukur yang berlainan untuk mengukur objek yang sama.
Nilai dan sikap

  1. Murid berani memberikan pendapat melalui aktiviti perbincangan.
TMK
 ICT

1 ulasan: